17 Bahan Utama Dalam Genius Star Kids

Dengan Bismillah,

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bahan apa yang digunakan dalam penghasilan Genius Star Kids atau lebih dikenali sebagai G-Star Kids. Ye lah, nak bagi supplemen untuk anak-anak makan  bukannya boleh sembarangan. Wajib kenal pasti kandungan dan khasiatnya dulu  kan moms semua ..

So hari ini, akak nak share sikit dengan anda semua tentang 17 Bahan Utama  Dalam  Genius Star Kids yang membuatkan produk ni sangat efektif dalam membantu menguatkan ingatan dan boost up potensi anak-anak.

Antara 17 bahan utama dalam  Genius Star Kids


1. Bunga Safron :  Bunga Safron adalah antara  pokok herba termahal di dunia dari Loridacces. Kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Tiamin). Khasiat utama safron @ Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak anak anda dan menguatkan ingatan mereka.

2. Lubanah : Bukan Lebanon ya :-D Ok,  Luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’yang  berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” al-lubán. Luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda anak anda kerana ia berfungsi menghilangkan lendir balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan sistem pernafasan.

3. Kismis : Mengikut kajian sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh daripadanya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot. Khasiat kismis antaranya ialah menguatkan daya ingatan, mengubati penyakit lupa, mencerdaskan minda, memutuskan balgham, membersihkan hati & mencerahkan mata anak-anak dan tidak cepat mengantuk di dalam kelas.

4. Ginkgo Biloba : Ginkgo Biloba menggalakkan pengaliran darah, termasuk ke otak, tangan dan kaki, mengawal keanjalan saluran darah serta mengurangkan kecenderungan pembekuan darah. Manfaat terhadap memori tidak terbatas kepada golongan kanak-kanak malah menunjukkan perubahan memberangsangkan dalam ujian memori selepas pengambilan ekstrak Gingko Biloba.

5. Tiger Nuts Milk : Ia dikenali juga dengan nama mustakim ( macam nama orang pulak eh ) atau nama botaninya Cyperus rotundus. Berguna dalam merawat cirit-birit (termasuk cirit-birit pada kanak-kanak dan penyakit dalam tempoh tumbuh gigi), senak, disentri kronik dan demam. Bertindak mengharmonikan hati, limpa, dan pankreas. Amat penting untuk anak anda cepat membina sel-sel penting dalam tubuh dan otak.

6. Pegaga: Kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan. Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Sangat berkesan dalam meningkatkan daya hafalan anak-anak.

7. Bacopa Monnieri :  Mengandungi minyak, lemak, resin, alkaloid, tanin, asam organik, saponine dan lain-lain lagi. Digunakan untuk perubatan penyakit yang melibatkan sistem pernafasan, seperti seperti bronkitis, asma dan serangan bradikardia, dan sembelit pada umumnya. Digunakan untuk meningkatkan fokus mental dan meningkatkan memori.

8. Buah Delima: Buah delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular. Buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus.Sangat membantu melengkap vitamin keperluan otak.

9. Kurma:  Kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula sangat tinggi, 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak 0.4% sahaja.Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin. Sangat membantu dalam membentuk tenaga yang diperlukan anak ketika di sekolah. Patutlah kurma sangat ditekankan dalam pemakanan harian.

10. Badam :  Badam mengandungi vitamin E, lemak tak tepu, magnesium dan antioksidan yang membantu meningkatkan aliran darah. Amalan memakan badam membantu organ hati. Sangat membantu membersihkan toksik yang menyebabkan anak anda cepat penat dan tak bermaya.

11. Barli: Tahap beta-glucan yang tinggi dalam barli bertanggungjawab meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2. Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Mengandungi antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Membantu anak anda untuk tenang dan relaks ketika belajar.

12. Susu Kambing : Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai jenis penyakit  lagi. Sangat membantu memberikan tenaga aktif kepada anak anda dalam aktiviti pembelajaran yang melibatkan aktiviti fizikal.

13. Omega 3, 6 & 9:  Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak.Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan anak anda.

14. Garam bukit – Garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia. Sangat baik untuk sempurnakan permintaan mineral di dalam tubuh kanak-kanak dan merangsang otak.

15. Premix Vitamin – Memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik kanak-kanak.

16. Citicholine:  Dapat memperbaiki fungsi kognitif dengan meningkatkan kadar Choline. Choline berperanan penting didalam tubuh, terutama bagi perkembangan fungsi otak. Hal tersebut berkaitan dengan peranan Choline sebagai komponen asetikolin yang berfungsi sebagai penghantar signal saraf. Choline yang cukup akan membantu kerja isyarat saraf pada otak anak anda.

17. Asid Amino ;  Asid amino adalah kimia protein blok binaan dan boleh dipanggil blok binaan untuk kehidupan. Asid amino menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting dan struktur sel kanak-kanak.

Ok, dah jelas kan mengapa mom semua perlu dapatkan Genius Star kids untuk kesan jangka panjang .. G-Star kids adalah pelaburan berbaloi demi kecemerlangan anak-anak.








Previous
Next Post »